Wednesday, April 8, 2015

Balik Kampung

Sekarang ni aku dah tak duduk Lembah Klang. Dah balik ke Perak. Secara spesifiknya, dah balik ke Parit/Seri Iskandar.

Berpindah atas beberapa faktor.

Pertama sekali, faktor ekonomi. Tukar kerja, gaji downgrade sedikit. Wife pun sudah berhenti kerja kerana mahu berehat sebelum bersalin. Memikirkan kos sara hidup yang bakal meningkat mendadak, maka aku ambil keputusan pulang sahaja ke Perak.

Kedua, faktor stress barangkali. Sudah jelak mahu menghadap trafik Lembah Klang yang menjengkelkan.

Agak sukar sebenarnya mahu mengambil keputusan untuk berpindah ni. Agak tergesa gesa, kelam kabut dan banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum berpindah.

Kerja baru ini menghendaki aku untuk mempunyai talian internet yang pantas. Kalau mahu dibandingkan talian internet Perak dengan Lembah Klang, sudah pastilah kita tahu bagaimana perbandingannya.

Pandai pandai la mahu mencari tempat yang menyediakan internet pantas.

Barangan di rumah lama juga masih belum diangkat. Harapnya hujung minggu ini ada kudrat dan kesempatan untuk angkat.

Apapun, aku tetap bersyukur. Insya Allah ada hikmah di sebalik semua perubahan yang berlaku.

Ewok pun nampaknya suka berada di kampung. Hampir setiap inci tanah kampung tu sudah Ewok sukat. Adatlah kucing suka merayap. Kita lepaskan dia untuk beriadah waktu pagi dan petang. Selainnya, Ewok dikurung dalam 'banglo' 3 tingkat beliau.

Kita tengoklah apa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini.

No comments:

Post a Comment